Sungai dan Pantai, Hidrologi dan Saliran Pertanian

Sungai dan Pantai, Hidrologi dan Saliran Pertanian

  • Mengkaji, merancang dan melaksanakan program pemeliharaan dan pemuliharaan sungai-sungai di Negeri Johor bagi penduduk-penduduk luar bandar dan bandar dengan melindungi nyawa, harta benda dan kawasan-kawasan pertanian serta menyediakan kemudahan rekreasi di sepanjang koridor sungai.
  • Memungut data-data mengenai kejuruteraan pantai untuk mengesan hakisan dan bagi kegunaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dalam perancangan dan rekabentuk projek-projek spesifik dan untuk tujuan penyelidikan.¬†Menjalankan kerja-kerja mengawal dan mencegah hakisan pantai.
  • Mengumpul data hidrologi diseluruh negeri bagi memenuhi keperluan pembangunan dan pengurusan sumber air yang dikendalikan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.
  • Membangun, mengendali dan menyelenggara kemudahan-kemudahan pengairan, saliran dan tebatan banjir serta menjalankan kerja pemeliharaan sungai bagi mendokong pembangunan dan kemajuan sektor pertanian, khususnya bagi faedah sektor pekebun-pekebun dan petani-petani kecil.