Korporat dan Kontrak

LATARBELAKANG

  • Ditubuhkan untuk menyelaraskan dan mengumpulkan segala data – data serta kemajuan kewangan dan fizikal mengenai projek – projek pembangunan. Ia berfungsi sebagai unit sokongan untuk keseluruhan JPS Negeri Terengganu serta nadi penyelaras peruntukan induk belanjawan mengurus.

OBJEKTIF

  • Bertanggungjawab menjalankan kerja – kerja pengesanan dan penilaian, pengurusan maklumat, laporan dan perhubungan awam yang mana berkaitan dengan fungsi jabatan.

FUNGSI DAN AKTIVITI

1- Pengesanan dan Penilaian

  1. Penyediaan belanjawan jabatan
  2. Pengurusan pengagihan peruntukan jabatan

2- Pengurusan Maklumat

  1. Pengumpulan data data kewangan dan projek jabatan
  2. Mengurus sumber sumber maklumat berkaitan perkembangan kewangan dan projek

3- Laporan

  1. Penyediaan laporan kewangan dan projek bulanan dan tahunan
  2. Laporan pengesanan kemajuan fizikal projek dan jabatan.

UNIT UKUR BAHAN

MISI

Meningkatkan kualiti, keberkesanan dan kecekapan dalam pelaksanaan projek JPS dengan memberi perkhidmatan Ukur Bahan yang mantap dan menyeluruh dalam pengurusan tender dan perkhidmatan kontrak.

OBJEKTIF

Mengadakan perkhidmatan Ukur Bahan yang efektif untuk mempastikan projek-projek JPS dilaksanakan dengan adil dan efisyen serta memenuhi ciri-ciri pertanggungjawaban awam.

  • Menentukan projek-projek kerajaan yang dikendalikan oleh JPS adalah sepadan dengan nilai yang diperolehi.

PIAGAM PELANGGAN

Memberi perkhidmatan kepakaran Ukur Bahan yang berkualiti, sempurna dan mantap dari segi kontraktual dan selaras dengan peraturan/prosedur serta Arahan Perbendaharaan dan Jabatan, mengikut pelaksanaan yang ditetapkan.

Perkhidmatan Kami:

  • Peringkat Pra Kontrak iaitu dari penyemakan dokumen tender sehingga pengeluaran Surat Setujuterima Tender.
  • Peringkat Pos Kontrak bermula dari Pemilikan Tapak sehingga penyelesaian Akaun Muktamad.

Merumus peraturan/prosedur serta garispanduan yang efektif mengenai tender dan kontrak yang memenuhi ciri-ciri pertanggungjawaban awam dan selaras dengan dasar-dasar semasa Kerajaan.

Memberi perkhidmatan yang teliti berkaitan dengan kadar harga supaya kos projek adalah berpatutan dan sepadan dengan nilai yang diperolehi.