Perutusan Pengarah

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Johor,

Selamat datang diucapkan ke laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor (JPS Johor). Laman sesawang JPS Negeri Johor ini adalah bertujuan untuk menyediakan maklumat asas tentang peranan dan tanggungjawab serta aktiviti-aktiviti terkini jabatan. Laman sesawang ini juga adalah sebagai saluran kepada pelanggan-pelanggan, orang awam dan stakeholders untuk mengemukakan pertanyaan, cadangan dan maklumbalas mengenai perkhidmatan JPS. Adalah menjadi matlamat kami untuk memberikan maklumat asas yang perlu agar peranan JPS dapat difahami dan dapat memberi impak yang positif kepada orang awam dan para stakeholders. JPS Negeri Johor yang ber ibupejabat di Iskandar Puteri, mempunyai 10 buah cawangan daerah. Di antara perkhidmatan yang diberikan adalah:-

  • Menyediakan kemudahan saliran bandar dan melaksanakan projek tebatan banjir bagi mengurangkan kesan banjir.
  • Melaksanakan kerja-kerja kawalan hakisan pantai dan memberi khidmat nasihat teknikal berkenaan pembangunan di zon pantai dan kejuruteraan pantai.
  • Mengendali dan menyenggara semua stesen hidrologi untuk pengutipan data hidrologi jangka panjang dan untuk ramalan dan amaran banjir bagi mengurangkan kerosakan akibat banjir.
  • Melaksanakan program pemulihan dan pemeliharaan sungai termasuk penyelesaian masalah hakisan tebing sungai, memulihkan dan menambahbaik keadaan sungai.
  • Menyediakan dan menyelenggara kemudahan sistem pengairan dan saliran untuk pertanian

Visi JPS iaitu ‘Menjadi Organisasi Sektor Awam Antara Yang Terunggul Di Dunia’ adalah amat bertepatan dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada JPS sebagai penggerak utama di dalam sektor Pengurusan Sumber Air. Visi ini akan memacu JPS terhadap pembangunan sumber air yang mampan demi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan alam sekitar. Oleh itu, demi memenuhi agenda dan visi tersebut, JPS telah merangka pelbagai dasar untuk memastikan mutu perkhidmatan sentiasa mencapai kualiti yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan terima kasih di atas kesudian melawat laman sesawang kami. Sokongan dan maklum balas daripada orang awam dan para stakeholders amatlah dihargai. Ia merupakan langkah utama JPS untuk mencapai aspirasi dan transformasi Kerajaan ke arah Negara yang inovatif dan berdaya maju.