Unit Pelaksanaan Projek Persekutuan Johor
  • Melaksanakan projek-projek di bawah Peruntukan Kerajaan Persekutuan.
  • Memastikan projek-projek yang dilaksanakan seperti struktur tebatan banjir (kolam takungan banjir, rumah pam, perangkap sampah, benteng/tebing sungai), pembaikan sungai, hakisan pantai, empangan dan sebagainya berfungsi sebagaimana direkabentuk, sentiasa berkeadaan baik dan sempurna dalam tempoh tanggungan kecacatan sebelum ianya diserahkan kepada jabatan/agensi yang berkaitan.
  • Memastikan pemasangan struktur mekanikal dan elektrikal mengikut piawaian Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Akta Bekalan Elektrik serta agensi-agensi berkaitan yang masih berkuatkuasa.
  • Melaksana pengesanan dan penilaian projek (selaras dengan SPP II arahan Perdana Menteri 2007) serta penyediaan laporan projek-projek yang telah disiapkan.
  • Melaksana/mengkaji impak dan output projek yang telah selesai.