Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia selaku agensi pelaksana bagi Projek Pembangunan Santuari Gajah Johor (JES) ini telah berjaya menyiapkan projek ini dengan baik. Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 8 Mei 2017 dan siap pada Oktober 2019 dengan kos projek berjumlah RM8.9 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11).
Komponen projek ini adalah merangkumi pembinaan bangunan pentadbiran, berek pekerja, paddock gajah termasuk padang ragut dan kawasan keliaran bagi mamalia berkenaan. Selain daripada itu, sistem pagar elektrik gajah turut dibina bagi mengurangkan serangan gajah di kawasan penduduk dan tanaman.