PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

OBJEKTIF

Untuk menyediakan perkhidmatan perundingan dan pengurusan Mekanikal dan Elektrikal yang profesional serta bermutu ke arah kepuasan hati pelanggan, amalan kejuruteraan yang baik dan serasi dengan alam sekitar.

MISI

Untuk dikenali sebagai badan yang terulung bagi menyediakan perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal dalam bidang yang berkaitan dengan pengurusan air, menyumbang ke arah kejayaan pelanggan, peningkatan tahap kejuruteraan negara dan pemuliharaan alam sekitar.

FUNGSI

  • Perolehan jentera dan kelengkapan mekanikal yang sesuai, yang diperlukan oleh Jabatan dari semasa ke semasa.
  • Penyelenggaraan dan pembaikan kelengkapan mekanikal seperti jentera, kenderaan, loji dan kelengkapan jabatan
  • Reka cipta dan / atau pengumpulan, pentauliahan, pengujian dan pembaikan semua Pintu Air dan komponennya di bawah skim Jabatan Pengairan dan Saliran.
  • Reka bentuk, pentauliahan, pengujian dan pembaikan semua Pam dan komponen pam di dalam skim Jabatan Pengairan dan Saliran.
  • Reka bentuk, pentauliahan, pengujian dan seterusnya penjagaan loji dan kelengkapan mekanikal yang digunakan oleh Jabatan
  • Menguruskan semua komponen kejuruteraan mekanikal dan elektrikal terpilih
  • Program latihan dan pembinaan kemahiran kakitangan Jabatan dalam menguruskan dan menyelenggara komponen mekanikal dan elektrikalJabatan.
  • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan dengan tujuan untuk menambah baik dan memodenkan input kejuruteraan mekanikal Jabatan untuk mengekalkan keberkesanan dalam memenuhi keperluan Jabatan.
Scroll to Top