LOGO, VISI, MISI DAN OBJEKTIF JPS JOHOR

  • Lima jalur gelombang yang mengalun membawa pengertian pancadarma JPS iaitu Pengairan, Saliran, Kejuruteraan Sungai, Kejuruteraan Pantai dan Penilaian Sumber Air.

  • Bentuk gelombang menggambarkan Jabatan yang dinamik, sentiasa bersedia dan bersemangat, sehaluan arus menuju kemajuan, mara tanpa mengenal kecewa, tidak rela menyerah dan menyempurnakan perkhidmatan cemerlang.

  • Alunan hamparan kebiru-biruan yang akhirnya bercantum sebati menjadi lelangit serba hijau menggambarkan kemajuan pertanian dan keindahan alam sekitar hasil penyatuan kejuruteraan dan alam semesta sehingga terolah persekitaran yang harmonis selaras dengan falsafah Air dan Persekitarannya, warisanku.
Visi

Menjadi organisasi sektor awam antara yang unggul di dunia.

Misi

Menerajui dan menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia dalam pengurusan sumber air khususnya pengurusan banjir, sungai dan zon pantai bagi meningkatkan kualiti hidup dengan memastikan sekuriti air dan kelestarian alam sekitar.

Objektif

Menyediakan perkhidmatan kejuruteraan yang di luar kemampuan sesuatu kumpulan sasar dan seterusnya memastikan penggunaan tanah yang optimum dan pengurusan air negara yang cekap.

Scroll to Top