UNIT PERLAKSANAAN PROJEK PERSEKUTUAN JOHOR
Objektif
Pemerkasaan Pengurusan Risiko Bencana Air Melalui Mitigasi Berdaya Tahan
Pengurusan risiko bencana air dengan menggunakan kaedah pengurangan impak banjir yang berdaya tahan bagi mengadaptasi perubahan iklim dan memastikan pembangunan infrastruktur air kekal lestari dan terus menjamin kesejahteraan rakyat.
Misi
Memperkasa Kejuruteraan Sumber Air yang Tuntas,Pintar dan Lestari
Fungsi
- Melaksanakan projek-projek di bawah Peruntukan Kerajaan Persekutuan.
- Memastikan projek-projek yang dilaksanakan seperti struktur tebatan banjir (kolam takungan banjir, rumah pam, perangkap sampah, benteng/tebing sungai), pembaikan sungai, hakisan pantai, empangan dan sebagainya berfungsi sebagaimana direkabentuk, sentiasa berkeadaan baik dan sempurna dalam tempoh tanggungan kecacatan sebelum ianya diserahkan kepada jabatan/agensi yang berkaitan.
- Memastikan pemasangan struktur mekanikal dan elektrikal mengikut piawaian Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Akta Bekalan Elektrik serta agensi-agensi berkaitan yang masih berkuatkuasa.
- Melaksana pengesanan dan penilaian projek (selaras dengan SPP II arahan Perdana Menteri 2007) serta penyediaan laporan projek-projek yang telah disiapkan.
- Pembangunan fizikal pengurusan risiko banjir berasaskan konsep Creating for Resilience
- Melaksana/mengkaji impak dan output projek yang telah selesai.