JOHOR BAHRU, 22 SEPTEMBER 2026 โ Membawa aspirasi membina organisasi yang dipercayai rakyat, cekap dalam penyampaian, pantas bertindak dan kukuh dari sudut teknikal, Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman, Pengarah JPS Negeri Johor, telah menyampaikan amanat dan hala tuju kepimpinan beliau kepada seluruh warga jabatan sempena Majlis Amanat Pengarah JPS Negeri Johor Tahun 2026.
Berteraskan โINTEGRITI DIPERKUKUH โข SINERGI DIGERAKKAN โข RESPONSIF DIUTAMAKANโ , beliau menegaskan bahawa tiga prinsip tersebut perlu diterjemahkan sebagai budaya kerja dalam setiap tindakan, keputusan dan tanggungjawab warga JPS.
Amanat turut menekankan semangat Satu JPS Johor, budaya mencari penyelesaian, peningkatan kompetensi serta pemanfaatan data, digitalisasi, kecerdasan buatan dan teknologi bagi memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan.
Majlis turut diserikan dengan Perasmian serta Pelancaran Logo MAKSAK JPS Negeri Johor, yang membawa aspirasi kebersamaan, kecergasan, disiplin dan semangat berpasukan dalam kalangan warga jabatan.
Amanat ini menjadi seruan untuk seluruh warga menyatukan pengalaman, kepakaran, tenaga dan idea dalam membina JPS Negeri Johor yang lebih dipercayai, cekap dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
SATU PASUKAN โข SATU HALA TUJU โข SATU JPS JOHOR
#JPSNegeriJohor
#AmanatPengarah2026
#SatuJPSJohor
#IntegritiSinergiResponsif

