JOHOR BAHRU, 5 OKTOBER 2026 โ Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor, Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman bersama Jurutera Daerah JPS Johor Bahru telah menghadiri Mesyuarat Taskforce Banjir Kilat di Kawasan Bandaraya Johor Bahru Bil. 2/2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Kesidang, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Datoโ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, dengan penglibatan pelbagai jabatan dan agensi berkaitan dalam usaha menyelaras tindakan menangani isu banjir kilat di sekitar Bandaraya Johor Bahru.
Dalam sesi tersebut, JPS Negeri Johor turut membentangkan cadangan penyelesaian, anggaran kos serta jadual pelaksanaan bagi menangani isu banjir kilat mengikut bidang kuasa dan tanggungjawab jabatan. Perbincangan turut memberi penekanan kepada penyelarasan tindakan antara agensi agar langkah penyelesaian dapat dilaksanakan secara lebih bersepadu dan berkesan.
Sesi kemudiannya diteruskan dengan lawatan tapak ke beberapa lokasi sekitar Bandaraya Johor Bahru bagi meninjau keadaan sebenar di lapangan serta mengenal pasti keperluan dan tindakan susulan yang perlu diberi perhatian.
JPS Negeri Johor kekal komited untuk memperkukuh sinergi bersama Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan serta agensi teknikal dalam memastikan langkah mitigasi banjir dilaksanakan secara terancang demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
INTEGRITI DIPERKUKUH โข SINERGI DIGERAKKAN โข RESPONSIF DIUTAMAKAN
#JPSJohor
#majujohor
#jayakanperkhidmatansempurna
#Madanibekerja
#SahihTepatPantas




