KOTA TINGGI, 9 OKTOBER 2026 โ Pengarah JPS Negeri Johor, Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman, telah menghadiri Sesi Taklimat Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP) Daerah Kota Tinggi yang berlangsung di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Kota Tinggi, bersempena dengan lawatan kerja YAB Datoโ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, ke daerah berkenaan.
Turut hadir bersama ialah En. Wan Ahmad Hazmil bin Wan A Aziz, Jurutera Daerah JPS Kota Tinggi.
Sesi taklimat ini menjadi platform strategik bagi memperkukuh penyelarasan perancangan dan pelaksanaan inisiatif pembangunan daerah melalui kerjasama bersepadu antara jabatan serta agensi berkaitan, selaras dengan hala tuju transformasi ekonomi Negeri Johor.
Dalam mendukung agenda JETP, JPS Negeri Johor komited untuk memastikan aspek pengurusan sumber air, pemeliharaan sungai, pembangunan infrastruktur saliran dan pengurangan risiko banjir diberi perhatian sewajarnya dalam perancangan pembangunan daerah bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya tahan.
#JPSNegeriJohor #JETP #KotaTinggi #JohorMaju #PembangunanMampan






