MEMPERKUKUH KESIAPSIAGAAN MENGHADAPI BANJIR: YB EXCO TINJAU SISTEM PENGEPAMAN DI KAMPUNG PASIR
JOHOR BAHRU, 7 OKTOBER 2026 โ YB Tuan Ir. Ts. Haji Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, telah mengadakan lawatan kerja ke Kampung Pasir bagi meninjau perkembangan tindakan mitigasi banjir susulan kejadian banjir baru-baru ini.
Lawatan ini memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan keupayaan sistem saliran dan kapasiti pengepaman bagi mengurangkan risiko banjir berulang.
Sebagai langkah segera, sebuah pam banjir jenis hidraulik dari Sungai Chat telah ditempatkan semula ke Kampung Pasir, sekali gus meningkatkan kapasiti pengepaman daripada 40 kepada 50 meter padu sesaat.
Sementara itu, Projek Saliran Mesra Alam Kampung Pasir bernilai RM4.48 juta yang melibatkan pemasangan dua unit screw pump berkapasiti 100 kaki padu sesaat kini mencapai 98% kemajuan.
Keutamaan kini adalah mempercepat sambungan bekalan elektrik melalui penyelarasan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi membolehkan pam baharu beroperasi segera. Kerja penyelenggaraan saliran turut dilaksanakan bagi melancarkan aliran air.
Turut hadir ialah Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman, Pengarah JPS Negeri Johor, Ir. Ts. Norhizami Abu Hasan, Pengurus Besar (Retail & Stakeholders โ Johor), TNB, serta Jurutera Daerah JPS Johor Bahru.
JPS Negeri Johor kekal komited memperkukuh usaha mitigasi banjir demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk Kampung Pasir.
#JPSNegeriJohor#JohorMaju#MitigasiBanjir#KampungPasir







