JOHOR BAHRU, 6 OKTOBER 2026 โ Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor, Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman, telah mengadakan tinjauan lapangan dengan menyusuri Lembangan Sungai Tebrau, Sungai Masai dan Sungai Johor bagi melihat secara dekat keadaan semasa sungai serta kawasan di sepanjang jajaran berkenaan.
Tinjauan melalui laluan air ini turut disertai wakil Bahagian Pengurusan Sungai JPS Negeri Johor serta Jurutera Daerah JPS Johor Bahru bersama pegawai berkaitan.
Tinjauan ini juga memberi gambaran lebih menyeluruh terhadap keadaan fizikal sungai, sistem saliran, aliran air serta kawasan-kawasan yang memerlukan perhatian, khususnya dalam aspek pengurusan sungai dan mitigasi risiko banjir.
Selain itu, tinjauan dari atas bot ini turut memberi peluang kepada Pengarah untuk meninjau beberapa projek JPS Negeri Johor yang sedang dalam pelaksanaan di sepanjang jajaran sungai, sekali gus melihat sendiri kemajuan dan keadaan semasa projek dari laluan air. Pemerhatian secara langsung ini membolehkan isu serta keperluan di lapangan dikenal pasti dengan lebih menyeluruh bagi tindakan dan penyelarasan selanjutnya.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan JPS Negeri Johor dalam memastikan pengurusan sungai, pelaksanaan projek serta perancangan mitigasi banjir dilaksanakan secara berkesan demi kesejahteraan masyarakat.
Integriti Diperkukuh โข Sinergi Digerakkan โข Responsif Diutamakan
#JPSJohor
#majujohor
#jayakanperkhidmatansempurna
#Madanibekerja
#SahihTepatPantas







