PASIR GUDANG, 22 OKTOBER 2026 β Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor telah menganjurkan Program Johor Bersih @ Sungai Masai 2026 yang turut merangkumi pengisian Jalinan Kasih Kampung Pasir Gudang Baru, bertempat di Jeti Nelayan Kampung Pasir Gudang Baru, Pasir Gudang, Johor.
Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Tuan Haji Baharuddin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Negeri Johor bagi Kawasan Permas, selaku wakil rasmi YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor.
Pengarah JPS Negeri Johor, Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman, dalam ucapan aluannya menekankan kepentingan pengurusan sungai secara bersepadu yang bukan sahaja merangkumi aspek kelancaran aliran air, malah turut mengambil kira pemeliharaan kualiti air, keseimbangan ekosistem dan kelestarian alam sekitar.
Turut hadir ialah Tuan Ezlan Farid bin Mohd Said, Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang; Encik Mohd βAfiff bin Mohd Adzhar, Penghulu Mukim Plentong, selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Johor Bahru; Tuan Haji Daud bin Saad, Ketua Kampung Pasir Gudang Baru; serta Mohammad Kamal Redzuan bin Kamaruddin, Jurutera Daerah JPS Johor Bahru.
Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memelihara kebersihan Sungai Masai, di samping menggalakkan penglibatan pelbagai pihak dalam memastikan pengurusan sungai yang lebih mampan.
Menerusi pengisian Jalinan Kasih, program ini turut menjadi platform mempererat hubungan antara agensi kerajaan dengan komuniti Kampung Pasir Gudang Baru, khususnya dalam memupuk tanggungjawab bersama terhadap penjagaan sungai dan persekitaran.
JPS Negeri Johor merakamkan penghargaan kepada semua jabatan, agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan serta penduduk setempat atas kerjasama menjayakan program ini.
SUNGAI DIPELIHARA, ALAM TERJAGA, JOHOR SEJAHTERA.
#JPSNegeriJohor
#JohorBersih
#SungaiMasai
#JalinanKasih
#MajuJohor






