PONTIAN, 10 OKTOBER 2026 โ Pada Sabtu yang lalu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor, Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman, telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Pembinaan dan Pembaikan Ban di Pantai (Tanjung Bin โ Tampok), Daerah Pontian, bagi meninjau perkembangan pelaksanaan projek serta meneliti keadaan semasa di tapak.
Lawatan ini memberi tumpuan kepada pemantauan kemajuan kerja, penelitian aspek teknikal serta mengenal pasti isu dan cabaran yang memerlukan perhatian bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar, menepati spesifikasi dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Turut hadir ialah Jurutera Daerah JPS Pontian, Ir. Ts. Abdul Razak bin Abdul Aziz, bersama pegawai-pegawai teknikal serta wakil pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek.
Projek ini merupakan antara usaha JPS Negeri Johor dalam memperkukuh infrastruktur perlindungan pantai bagi mengurangkan risiko hakisan dan limpahan air laut, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan kawasan pesisir pantai serta melindungi kepentingan masyarakat setempat.
JPS Negeri Johor terus komited memastikan pelaksanaan projek infrastruktur pantai dipantau secara berterusan demi memperkukuh daya tahan kawasan pesisir pantai dan kesejahteraan penduduk setempat.
#JPSJohor #JPSMalaysia #PengurusanPantai #Pontian #InfrastrukturPantai






