JOHOR BAHRU, 30 SEPTEMBER 2026 โ Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor, Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman telah turun padang meninjau beberapa kawasan yang terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat berterusan dalam tempoh kira-kira dua jam di sekitar Johor Bahru.
Antara lokasi yang ditinjau ialah Kampung Sri Jaya, Kampung Seri Serdang dan Sungai Chat bagi melihat situasi di lapangan serta meneliti keadaan aliran dan sistem saliran di kawasan terlibat.
Sepanjang tinjauan, Pengarah turut diberikan penerangan mengenai situasi banjir semasa.
Turut bersama ialah Encik Alifnur Iskandar bin Mohamad Sani, Timbalan Pengarah JPS negeri Johor dan Jurutera Daerah JPS Johor Bahru, Mohammad Kamal Redzuan bin Kamaruddin, bersama barisan Penolong Jurutera JPS Daerah Johor Bahru.
JPS Negeri Johor akan terus memantau kawasan berisiko dan menyelaras tindakan bersama pihak berkaitan bagi memastikan langkah mitigasi dapat dilaksanakan secara berkesan.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ โข ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ โข ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐




