JOHOR BAHRU, 22 OKTOBER 2026 β Seusai Program Johor Bersih @ Sungai Masai 2026, Pengarah JPS Negeri Johor, Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman, telah mengiringi YB Tuan Ir. Ts. Haji Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, dalam lawatan ke Projek Saliran Mesra Alam Kampung Pasir bagi meninjau pengoperasian sistem pengepaman banjir.
Dua (2) unit pam baharu jenis screw pump kini telah siap dan beroperasi sepenuhnya, sekali gus meningkatkan kapasiti pengepaman daripada 50 kepada 150 kaki padu sesaat, bersamaan kira-kira 4,500 liter sesaat.
Terdahulu, ujian pengoperasian pam menggunakan bekalan elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dilaksanakan pada 19 Oktober 2026 bagi memastikan sistem pengepaman berfungsi dengan baik sebelum pengoperasian sepenuhnya.
Peningkatan kapasiti ini membolehkan air dipam keluar dengan lebih cepat, khususnya ketika hujan lebat dan paras air sungai meningkat, sekali gus membantu mengurangkan risiko banjir yang melibatkan kira-kira 1,000 penduduk di sekitar Kampung Pasir.
Lawatan turut memberi perhatian kepada cadangan pemasangan sensor pengesan paras air bagi membolehkan pam diaktifkan secara automatik, selain menekankan kepentingan penyelenggaraan dan pemantauan berkala terhadap sistem pam serta pintu air.
Turut mengiringi lawatan ialah Mohammad Kamal Redzuan bin Kamaruddin, Jurutera Daerah JPS Johor Bahru. Hadir sama, Ir. Ts. Norhizami Abu Hasan, Pengurus Besar (Retail & Stakeholders β Johor), Bahagian Retail, TNB, serta pegawai-pegawai berkaitan.
#JPSNegeriJohor
#MitigasiBanjirJohor
#KampungPasir
#MajuJohor





