JOHOR BAHRU, 7 OKTOBER 2026 โ Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor telah mengadakan Lawatan Transformasi Sungai di Negeri Johor Fasa 1 melibatkan Sungai Tebrau dan Sungai Skudai, sebagai usaha memperkukuh pengurusan sungai secara lebih berkesan, sistematik dan responsif.
Lawatan yang diketuai oleh Pengarah JPS Negeri Johor, Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman ini memberi tumpuan kepada beberapa lokasi perangkap sampah bagi menilai keadaan semasa, keberkesanan fungsi serta mengenal pasti keperluan penambahbaikan terhadap struktur sedia ada.
Selain aspek fizikal, lawatan ini turut memberi ruang untuk meneliti semula kaedah dan prosedur berkaitan pengoperasian serta penyelenggaraan perangkap sampah agar pelaksanaannya dapat diperkemas dan disesuaikan dengan keadaan sebenar di lapangan.
Lawatan turut disertai Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Banjir, Sungai dan Pantai, Penolong Pengarah serta Jurutera Daerah JPS Kulai dan Johor Bahru. Turut hadir wakil daripada jabatan dan agensi berkaitan serta kontraktor yang telah dilantik.
Perbincangan secara terus di lokasi turut dilaksanakan bagi mengenal pasti isu dan kekangan yang dihadapi serta mendapatkan gambaran menyeluruh sebelum cadangan tindakan penambahbaikan dirangka.
INTEGRITI DIPERKUKUH โข SINERGI DIGERAKKAN โข RESPONSIF DIUTAMAKAN
#JPSJohor
#TransformasiSungai
#SungaiTebrau
#SungaiSkudai
#PengurusanSungai





