MACHAP, 20 SEPTEMBER 2026 โ Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor, telah mengiringi YAB Datoโ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor dalam tinjauan ke Empangan Machap, seusai Program Semarak Subuh DUN Machap.
Tinjauan tersebut diadakan bagi melihat keadaan dan paras semasa Empangan Machap, di samping meneliti tahap kesiapsiagaan serta langkah mitigasi dalam menghadapi fenomena Super El Niรฑo yang dijangka berlaku antara Oktober hingga Disember 2026.
Lawatan ini turut mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Johor bersama jabatan dan agensi berkaitan dalam memastikan pengurusan sumber air mentah dilaksanakan secara terancang dan bersepadu, khususnya sebagai persediaan menghadapi kemungkinan tempoh cuaca panas dan kering yang berpanjangan.
Turut serta dalam tinjauan tersebut ialah Puan Azurawati Wahid, Pegawai Daerah Kluang; Encik Azlan Afandi Sauffee Afandi, Pengarah Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ); Ir. Ts. Gs. Muhammad Nizam bin Ibrahim, Jurutera Daerah JPS Kluang; Encik Khairul Affendy Tusam, Ketua Pegawai Operasi Ranhill SAJ, serta pegawai dan wakil daripada agensi berkaitan.
Sepanjang tinjauan, YAB Menteri Besar Johor telah diberikan penerangan mengenai situasi semasa Empangan Machap, termasuk perancangan serta langkah mitigasi bagi memastikan kesinambungan sumber air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam yang berkapasiti 64 juta liter sehari (JLH). LRA berkenaan memainkan peranan penting dalam membekalkan air terawat kepada kawasan Simpang Renggam, Machap, Pontian Utara dan sebahagian selatan Batu Pahat.
JPS Negeri Johor akan terus memperkukuh sinergi bersama Kerajaan Negeri, jabatan dan agensi berkaitan dalam aspek pemantauan, penyelarasan serta kesiapsiagaan pengurusan sumber air. Kerjasama bersepadu dan tindakan yang responsif amat penting bagi memastikan langkah mitigasi dapat dilaksanakan secara berkesan demi kelangsungan bekalan air serta kesejahteraan rakyat Negeri Johor.
#JPSNegeriJohor
#EmpanganMachap
#SimpangRenggam
#Kesiapsiagaan



