10 SEPTEMBER 2026 โ Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor terus mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih dua pengiktirafan sempena Hari Inovasi & KIK JPS Malaysia yang berlangsung di Dewan Serbaguna JPS Malaysia.
JPS Negeri Johor telah menerima Saguhati bagi Anugerah Terbaik Pelaksanaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) JPS Malaysia 2025/2026, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen jabatan dalam membudayakan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif.
Turut membanggakan, Ir. Zuriyati binti Yusof berjaya meraih tempat Ketiga Anugerah Cetusan Idea Inovatif menerusi inovasi โE-Bunding: Sistem Pemantauan Kerja Baik Pulih Banโ.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen dan usaha berterusan warga JPS Negeri Johor dalam memperkukuh budaya inovasi, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan warga kerja sentiasa diberi keutamaan.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga JPS Negeri Johor atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mencipta kecemerlangan dan inovasi pada masa hadapan.
#JPSNegeriJohor
#HariInovasiKIKJPSMalaysia
#InovasiJPS
#KIKJPS
#KeselamatanDanKesihatanPekerjaan
#MajuJohor


