Johor Bahru | 30 Julai 2026
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Bank Negara Malaysia (BNM) Cawangan Johor Bahru yang diketuai oleh Puan Rosnani binti Mahamad Zain, Ketua Pejabat Bank Negara Malaysia Johor Bahru, ke pejabat JPS Negeri Johor.
Delegasi tersebut telah disambut oleh Ir. Tuan Haji Sazali bin Osman, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor, bersama barisan pengurusan jabatan.
Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan strategik antara kedua-dua organisasi di samping membincangkan potensi kerjasama dalam aspek perkongsian maklumat berkaitan risiko banjir serta impaknya terhadap komuniti dan aktiviti ekonomi di Negeri Johor. Turut dibincangkan ialah usaha memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir melalui penglibatan sektor kewangan dan insurans, termasuk meningkatkan kesedaran masyarakat serta daya tahan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terhadap risiko bencana.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen JPS Negeri Johor dan Bank Negara Malaysia dalam memperkukuh sinergi rentas agensi bagi menyokong pengurusan risiko bencana yang lebih berkesan, meningkatkan daya tahan komuniti serta memperkasa pembangunan negeri yang mampan.
#JPSJohor
#MalaysiaMADANI
#PETRA
#BankNegaraMalaysia
#KolaborasiStrategik
#PengurusanRisikoBanjir
#KesiapsiagaanBencana



