JOHOR BAHRU, 9 SEPTEMBER 2026 β Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor, Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman, telah mengadakan kunjung mesra ke JPS Daerah Johor Bahru sebagai usaha mendekati warga jabatan serta memperkukuh hubungan di antara JPS Negeri dan Daerah.
Dalam ucapannya, beliau menekankan tiga nilai utama yang perlu menjadi pegangan seluruh warga JPS Negeri Johor, iaitu Integriti, Sinergi dan Responsif dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Penghayatan nilai tersebut penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan jabatan dilaksanakan secara berkesan dan memenuhi keperluan rakyat serta pemegang taruh.
Pada sesi tersebut, Encik Mohammad Kamal Redzuan bin Kamarudin, Jurutera Daerah JPS Johor Bahru, menyampaikan penerangan mengenai struktur organisasi, pembahagian tugas, pelaksanaan projek, operasi dan penyelenggaraan serta pengurusan aset dan inventori jabatan.
Penerangan turut merangkumi kesiapsiagaan menghadapi banjir, sistem telemetri serta isu dan cabaran semasa, termasuk kawasan hotspot banjir, pencemaran sungai, pengurusan sumber air dan sistem saliran.
Kunjung mesra ini turut membuka ruang perbincangan dan perkongsian pandangan bersama warga JPS Daerah Johor Bahru bagi memperkemas penyelarasan tindakan, menangani cabaran di peringkat daerah serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan jabatan.
#JPSNegeriJohor
#JPSJohorBahru
#KunjungMesra
#Integriti
#Sinergi
#Responsif
#MajuJohor









