Johor Bahru | 29 Ogos 2026 (Sabtu)
YBhg. Tuan Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor bersama-sama En. Daniel Liew Yu Chuan, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengairan, Saliran Pertanian dan Saliran Mesra Alam, JPS Negeri Johor telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Saliran Mesra Alam Tebrau dan Plentong di Daerah Johor Bahru.
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat projek yang disampaikan oleh Encik Mohammad Kamal Redzuan bin Kamaruddin, Jurutera Daerah JPS Johor Bahru serta konsultan dan kontraktor projek-projek tersebut sebelum diteruskan dengan lawatan ke tapak projek bagi meninjau perkembangan semasa pelaksanaan Pakej 1 dan Pakej 2.
Pakej 1 melibatkan Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran di Kampung Ubi dan Kempas Permatang, manakala Pakej 2 merangkumi Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Saliran di Kampung Kangkar Tebrau dan Kampung Bunga Ros.
Lawatan ini memberi tumpuan kepada penilaian kemajuan fizikal projek, penelitian isu-isu teknikal serta penyelarasan tindakan bagi memastikan kerja-kerja dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan mengelakkan lanjutan masa.
Pemantauan berterusan di lapangan mencerminkan komitmen JPS Negeri Johor dalam memastikan setiap projek dilaksanakan secara cekap, berkualiti dan berimpak tinggi, demi memperkukuh sistem saliran serta meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan rakyat.
#JPSJohor
#majujohor
#jayakanperkhidmatansempurna
#Madanibekerja
#SahihTepatPantas


