BATU PAHAT, 15 OGOS 2026 (SABTU) โ Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor, Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman telah mengadakan lawatan ke beberapa projek di bawah seliaan JPS di Daerah Batu Pahat sebelum menghadiri Taklimat Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP) di Daerah Batu Pahat sempena Lawatan Kerja YAB Datoโ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor.
Lawatan dimulakan ke Projek Memperkukuhkan Struktur dan Fasiliti Empangan Tebatan Banjir, Empangan Sembrong bagi meninjau status semasa serta kemajuan pelaksanaan projek. Pengarah JPS Negeri Johor turut diberikan penerangan berkaitan skop kerja, perkembangan projek serta aspek pengoperasian dan keselamatan empangan.
Lawatan kemudiannya diteruskan ke Projek Benteng Penahan Ombak di Kampung Sungai Berong Laut, Rengit, Batu Pahat bagi meninjau kemajuan pelaksanaan projek serta keadaan semasa kawasan pesisir yang terlibat.
Sepanjang lawatan, taklimat berkaitan status semasa, kemajuan kerja, isu pelaksanaan serta tindakan susulan bagi kedua-dua projek telah disampaikan oleh Ir. Zuriyati binti Yusof, Jurutera Daerah JPS Batu Pahat kepada Pengarah JPS Negeri Johor.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada pemantauan berterusan JPS Negeri Johor bagi memastikan pelaksanaan projek di Daerah Batu Pahat berjalan dengan teratur serta mencapai objektif yang ditetapkan demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.
#JPSJohor
#JPSMalaysia
#BatuPahat
#EmpanganSembrong
#SungaiBerongLaut
#Rengit
#JETP
#MajuJohor








