BATU PAHAT, 13 SEPTEMBER 2026 (SABTU) β Seusai lawatan ke Projek RANCANGAN TEBATAN BANJIR BANDAR BATU PAHAT, JOHOR, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor, Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman, bersama-sama YB Tuan Haji Zaidi bin Japar, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Rengit, telah mengadakan lawatan ke Projek Pembinaan dan Pembaikan Ban Pantai di Pantai Skim Rengit, Batu Pahat, Johor.
Lawatan tersebut memberi tumpuan kepada keadaan semasa ban pantai serta perbincangan mengenai kaedah baik pulih mendapan ban. Kerja-kerja baik pulih dijangka dilaksanakan sebelum Monsun Timur Laut sebagai langkah kesiapsiagaan bagi memastikan fungsi ban pantai berada dalam keadaan baik.
JPS Negeri Johor bersama pihak YB ADUN Rengit turut akan melaksanakan pemantauan bersama di tapak bagi memantau perkembangan semasa dan menyelaras tindakan yang diperlukan.
Turut hadir, Ir. Zuriyati binti Yusof, Jurutera Daerah JPS Batu Pahat, bersama Jurutera dan Penolong Jurutera JPS Daerah Batu Pahat.
Lawatan ini mencerminkan komitmen bersama antara JPS Negeri Johor dan wakil rakyat setempat dalam memastikan isu di lapangan diberi perhatian serta tindakan yang dirancang dapat dilaksanakan demi kepentingan dan kesejahteraan masyarakat setempat.
#JPSNegeriJohor
#JPSBatuPahat
#Rengit
#PantaiSkimRengit
#MajuJohor



