BATU PAHAT, 13 SEPTEMBER 2026 (SABTU) β Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor, Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman, bersama-sama YB Tuan Haji Zaidi bin Japar, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Rengit, telah mengadakan lawatan ke Projek Rancangan Tebatan Banjir Bandar Batu Pahat, Johor (Sambungan) bagi meninjau perkembangan semasa pelaksanaan projek.
Turut hadir, Ir. Ts. Juliana binti Abdullah, Jurutera Projek UPPJ bersama pegawai-pegawai UPPJ; Ir. Zuriyati binti Yusof, Jurutera Daerah JPS Batu Pahat; Jurutera JPS Daerah Batu Pahat; serta pihak perunding, kontraktor dan pemilik premis yang terlibat.
Projek yang dilaksanakan secara Reka dan Bina ini melibatkan antaranya kerja-kerja pembersihan tapak, pembinaan ban dan pembinaan kolam takungan sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keupayaan sistem tebatan banjir di Bandar Batu Pahat.
Dalam lawatan tersebut, Pengarah bersama YB ADUN Rengit telah meninjau kemajuan kerja di tapak serta mengadakan perbincangan bersama pihak-pihak terlibat bagi memperhalusi dan menyelesaikan isu-isu teknikal berkaitan pelaksanaan projek. Penyelarasan bersama ini penting bagi memastikan isu di lapangan dapat ditangani dan pelaksanaan projek berjalan dengan lebih lancar.
Lawatan ini mencerminkan komitmen bersama antara JPS Negeri Johor dan wakil rakyat setempat dalam memastikan pelaksanaan projek terus dipantau serta tindakan yang diperlukan dapat diselaraskan demi mengurangkan risiko dan impak banjir kepada masyarakat setempat.
#JPSNegeriJohor
#JPSBatuPahat
#RTBBatuPahat
#TebatanBanjir
#BatuPahat
#MajuJohor




