PONTIAN, 26 OGOS 2026 (RABU) โ Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor, YBrs. Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman, telah mengadakan sesi ramah mesra bersama Jurutera Daerah dan warga kerja JPS Daerah Pontian.
Turut hadir, YBrs. Ir. Ts. Abdul Razak bin Abdul Aziz, Jurutera Daerah JPS Daerah Pontian, bersama pegawai serta seluruh warga kerja JPS Daerah Pontian.
Majlis ini menjadi platform bagi Pengarah JPS Negeri Johor mendekati warga kerja di peringkat daerah, di samping berkongsi amanat dan hala tuju dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan Jabatan.
Dalam amanat beliau, tiga perkara utama telah ditekankan iaitu memperkukuh komitmen dan integriti dalam melaksanakan amanah, meningkatkan sinergi serta semangat kerja berpasukan, dan membudayakan sikap responsif serta pendekatan pre-emptive dalam menghadapi isu dan cabaran semasa.
Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama antara pegawai dan unit, tindakan pantas terhadap isu serta aduan, kesiapsiagaan menghadapi situasi luar jangka serta keperluan membuat persediaan lebih awal berdasarkan pengalaman dan jangkaan risiko.
Sesi turut memberi ruang kepada *JPS Daerah Pontian membentangkan profil daerah, struktur organisasi, pelaksanaan tugas serta isu dan cabaran semasa, sekali gus membuka ruang perbincangan dan perkongsian pandangan bersama Pengarah.
Majlis ramah mesra ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan antara pengurusan JPS Negeri Johor dengan warga kerja di peringkat daerah serta menyemarakkan semangat untuk terus memberikan perkhidmatan yang cekap, responsif dan berintegriti kepada rakyat.
#JPSJohor
#JPSPontian
#RamahMesra
#Integriti
#Sinergi
#Responsif




