BATU PAHAT, 25 OGOS 2026 (SELASA) โ Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor Tahun 1448H / 2026M telah berlangsung dengan penuh meriah di Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat, dengan mengangkat tema โMaju Johor Dihayati, Ummah Diberkatiโ.
Majlis turut dimeriahkan dengan perarakan yang diketuai oleh YAB Datoโ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, bersama lebih 5,000 peserta yang terdiri daripada wakil 50 jabatan dan agensi.
YBrs. Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor, turut menyertai perarakan tersebut bersama kontinjen JPS Negeri Johor yang diwakili oleh pegawai dan kakitangan JPS Daerah Batu Pahat.
Penyertaan ini mencerminkan semangat kebersamaan warga JPS Negeri Johor dalam menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul, di samping menghayati nilai dan teladan Rasulullah SAW dalam membentuk peribadi yang berintegriti, amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas serta memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.
Semoga sambutan ini terus menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta memperkukuh semangat perpaduan dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.
Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M.
#MaulidurRasul
#PeringkatNegeriJohor
#1448H2026M
#MajuJohor
#JPSJohor
#JPSBatuPahat


