MERSING, 21 OGOS 2026 (JUMAAT) โ Telah berlangsung Makmal Kajian Nilai bagi Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Sekakap, Mersing, Johor, bagi menilai dan memperhalusi cadangan penyelesaian dalam menangani isu hakisan pantai secara menyeluruh dan berkesan.
Makmal ini dihadiri oleh YBrs. Ir. Hanizan bin Deraman, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes), JPS Malaysia, bersama fasilitator daripada ementerian Ekonomi, serta pegawai daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan JPS Malaysia.
Turut hadir YBrs. Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman, Pengarah JPS Negeri Johor, serta Ts. Aizuddin bin Hj. Anuar, AMP, Jurutera Daerah JPS Mersing, bersama pihak berkepentingan yang terlibat.
Makmal memberi tumpuan kepada penilaian keperluan projek, alternatif penyelesaian serta aspek nilai untuk wang, keberkesanan teknikal, impak dan kelestarian projek, bagi memastikan langkah pengawalan hakisan pantai yang dirancang memberi manfaat optimum kepada kawasan pesisir dan komuniti setempat.
Sebagai penutup, Majlis Penutup dan Sesi Sign-Off telah diadakan dengan pembentangan akhir oleh Bahagian Pengurusan Zon Pantai selaku Pemilik Projek, diikuti sesi soal jawab.
Majlis diteruskan dengan ucapan penggulungan oleh YBrs. Ir. Rosita binti Salam, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Nilai, Kementerian Ekonomi, selaku Ketua Fasilitator, sebelum Sesi Sign-Off dan sesi bergambar.
#JPSJohor
#JPSMalaysia
#PETRA
#KajianNilai
#PengawalanHakisanPantai
#PantaiSekakap
#Mersing


