Sesi Clock In oleh Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman sebagai Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor, menandakan permulaan amanah dan tanggungjawab beliau dalam menerajui JPS Negeri Johor.
Berbekalkan pengalaman, kepakaran serta komitmen yang tinggi, kepimpinan beliau diharapkan dapat terus memperkukuh kecemerlangan organisasi, memperkasa tadbir urus yang berintegriti serta mempertingkat penyampaian perkhidmatan yang cekap, profesional dan berimpak kepada rakyat.
Seluruh warga JPS Negeri Johor merakamkan ucapan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman. Semoga kepimpinan beliau sentiasa dipermudah dan diberkati dalam memacu JPS Negeri Johor ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.
Patah tumbuh hilang berganti,
Yang baharu datang menyambung bakti;
Amanah dipikul penuh integriti,
Memacu JPS terus berprestasi.
“Memimpin dengan amanah, mengurus dengan hikmah, berkhidmat demi kesejahteraan.”
#JPSJohor #JPSMalaysia #ClockIn #Kepimpinan #Integriti #Profesional #MalaysiaMADANI





