Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Jasa yang luhur tetap di situ,
Budi dikenang sepanjang zaman.
Sesi Clock Out oleh Ir. Muhammad Zaki bin Mashud, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor, yang bakal menggalas amanah baharu sebagai Pengarah Kanan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
Detik ini bukan sekadar simbol tamatnya rutin tugasan harian, malah menandakan berakhirnya satu lembaran kepimpinan yang penuh dedikasi di JPS Negeri Johor. Sepanjang menerajui jabatan, beliau telah memimpin dengan penuh komitmen, berintegriti dan berpandangan jauh dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta memacu kecemerlangan organisasi.
Warga JPS Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, bakti dan kepimpinan yang telah dicurahkan. Semoga amanah baharu yang dipikul di peringkat nasional terus membawa kecemerlangan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
Selamat maju jaya, Ir. Muhammad Zaki bin Mashud. Terima kasih atas segala jasa dan kepimpinan. Semoga terus melakar kejayaan di persada yang lebih tinggi.
#JPSJohor#JPSMalaysia#ClockOut#TerimaKasihTuanPengarah#KepimpinanBerintegriti#MalaysiaMADANI








