LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN OLEH YB TIMBALAN MENTERI KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR KE DAERAH MUAR

Muar | 5 Julai 2026

Pada 5 Julai 2026, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor telah menyertai Lawatan Pemantauan Projek Pembangunan oleh YB Timbalan Menteri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) ke Daerah Muar yang diselaraskan oleh Ranhill SAJ (RSAJ) dengan kerjasama agensi-agensi di bawah PETRA.

Program dimulakan dengan sesi ramah mesra bersama warga kerja JPS, RSAJ, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Indah Water Konsortium (IWK) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), diikuti sesi taklimat mengenai pelaksanaan projek serta inisiatif semasa oleh RSAJ, JPS dan IWK.

JPS Negeri Johor diketuai oleh Yang Berusaha Encik Alifnur Iskandar bin Mohammad Sani, Timbalan Pengarah yang Menanggung Kerja Pengarah JPS Negeri Johor, manakala taklimat JPS telah disampaikan oleh Yang Berusaha Ir. Ts. Saiful Lizan bin Ibrahim, Jurutera Daerah JPS Muar.

Delegasi kemudiannya menghadiri pelaksanaan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh SPAN, TNB dan IWK di Masjid As-Syakur, Kampung Tengah, Bukit Pasir, sebelum menunaikan solat Zuhur berjemaah.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan PETRA bersama agensi-agensi di bawahnya dalam memperkukuh kerjasama strategik serta memastikan pelaksanaan projek pembangunan dilaksanakan secara cekap, berkesan dan memberi manfaat kepada rakyat.

#JPSJohor
#majujohor
#jayakanperkhidmatansempurna
#Madanibekerja
#SahihTepatPantas

Scroll to Top