Johor Bahru | 18 Julai 2026 (Sabtu)
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor telah menerima lawatan kerja YBhg. Datuk Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia ke Projek Saliran Mesra Alam Tebrau dan Plentong yang sedang dilaksanakan di daerah Johor Bahru.
Ketibaan YBhg. Datuk Ketua Pengarah telah disambut oleh Ir. Muhammad Zaki bin Mashud, Pengarah JPS Negeri Johor, bersama pegawa JPS Negeri Johor.
Program dimulakan dengan sesi taklimat projek yang disampaikan oleh Encik Mohammad Kamal Redzuan bin Kamaruddin, Jurutera Daerah JPS Johor Bahru. Taklimat tersebut merangkumi latar belakang dan skop projek, status kemajuan semasa, isu serta cabaran pelaksanaan, di samping langkah-langkah penyelesaian yang diambil bagi memastikan projek dapat dilaksanakan mengikut jadual, spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan.
Selesai sesi taklimat, YBhg. Datuk Ketua Pengarah telah meninjau pelaksanaan Projek Saliran Mesra Alam Tebrau dan Plentong, Pakej 1, yang melibatkan kerja-kerja menaik taraf sistem saliran di Kampung Ubi dan Kempas Permatang. Lawatan kemudiannya diteruskan ke Pakej 2, merangkumi kerja-kerja menaik taraf sistem saliran di Kampung Kangkar Tebrau dan Kampung Bunga Ros.
Lawatan kerja ini bertujuan menilai kemajuan pelaksanaan projek secara langsung, meneliti isu-isu teknikal di lapangan serta memastikan setiap komponen projek dilaksanakan selaras dengan perancangan yang ditetapkan. Pelaksanaan projek ini dijangka dapat meningkatkan keupayaan sistem saliran dan seterusnya mengurangkan risiko banjir di kawasan yang terlibat.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan pihak pengurusan tertinggi JPS dalam memperkukuh pemantauan projek pembangunan serta memastikan pelaksanaannya dilaksanakan secara cekap, berkualiti dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat.
#JPSMalaysia
#JPSJohor
#PETRA
#MalaysiaMADANI
#SaliranMesraAlam
#PengurusanBanjir




