Kota Tinggi || 8.8.2026
Tn. Ir. Ts. Haji Sazali bin Osman, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor, telah mengadakan lawatan tapak dan pemantauan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai PemandI, Johor Darul Taโzim.
Lawatan ini diadakan bagi meninjau kemajuan semasa pelaksanaan projek, status kerja-kerja di tapak serta isu dan cabaran yang dihadapi, di samping memastikan pelaksanaan projek berada pada landasan yang ditetapkan.
Pemantauan secara berterusan ini penting bagi memastikan setiap komponen projek dilaksanakan mengikut spesifikasi, kualiti dan jadual yang ditetapkan, seterusnya mencapai matlamat projek dalam mengurangkan risiko banjir serta meningkatkan tahap perlindungan kepada penduduk setempat.
JPS Negeri Johor terus komited memastikan pelaksanaan projek tebatan banjir dipantau secara berkesan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
#JPSJohor
#RTBSungaiPemandI
#RancanganTebatanBanjir
#PemantauanProjek
#JohorDarulTazim
#InfrastrukturUntukRakyat




