MESYUARAT SEKTOR BISNES JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA TAHUN 2026 DIADAKAN DI JOHOR

Mersing | 2 – 3 Julai 2026

Pada 2 dan 3 Julai 2026, Mesyuarat Sektor Bisnes Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Hanizan bin Deraman, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) JPS Malaysia telah diadakan di KampungStay @ Teluk Buih, Mersing, Johor.

Delegasi mesyuarat telah disambut oleh Encik Alifnur Iskandar bin Mohammad Sani, Timbalan Pengarah yang Menanggung Kerja Pengarah JPS Negeri Johor, bersama warga JPS Negeri Johor yang turut menyediakan fasiliti dan sokongan logistik sepanjang mesyuarat berlangsung. Program dimulakan dengan lawatan teknikal ke Projek Pengawalan Hakisan Pantai Sekakap, Mersing yang disusuli sesi taklimat mengenai kemajuan pelaksanaan projek serta perkembangan semasa.

Mesyuarat ini menghimpunkan pengurusan kanan dan wakil bahagian di bawah Sektor Bisnes JPS Malaysia bagi membincangkan status pelaksanaan projek, isu-isu semasa serta memperkukuh penyelarasan ke arah penyampaian projek pembangunan yang lebih cekap, berkesan dan mampan.

#JPSJohor
#majujohor
#jayakanperkhidmatansempurna
#Madanibekerja
#SahihTepatPantas

Scroll to Top